Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Sabtu, 20 April 2013

KEK PISANG BONDA

Bahan2:
1 mangkuk Gula
1 mangkuk Telur (5biji)
1 mangkuk Pisang Berangan
2 mangkuk Tepung Gandum
2sdt Soda Bikarbonate
1 mangkuk Minyak Masak

Cara2:
1). Blend gula dan telur sampai gula hancur.
2). Masukkan pisang dalam blender dan blend lagi hingga pisang hancur.  Tuang dalam bekas.
3). Ayak tepung dan soda Bikarbonate .  Masukkan ke dalam bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit.  Gaul sebati.
4). Masukkan minyak dan gaul sebati.
5). Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu minyak.
6). Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu suhu 180'C.  Bakar selama 35-40minit@ hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan