Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Jumaat, 19 April 2013

Assalamualaikum .......

Jom kongsi resepi jom.....!

KEK COKLAT LEMBAB

Bahan2:
100gm Serbuk Koko*
200gm Gula Pasir*
1tin Susu Sejat*
200gm Minyak Masak Sayuran*
250gm Susu Pekat *
4biji Telur Gred A (dipukul hingga berbuih)
150gm Tepung Gandum
1sdt Soda Bikabonat
1sdt Baking Powder

Cara2:
1) Campurkan kesemua bahan bertanda * dan masak seketika dengan api perlahan hingga licin dan gula cair sepenuhnya ( tak payah sampai menggelegak).
2). Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan handwhisk.  Gaul kan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati.  Terus di kacau dengan handwhisk.
3)  Masukkan ke dalam tin yang dilapik dengan Baking paper dan digriskan.
4). Bakar selama 40 minit suhu 180'C ( bergantung pada jenis oven masing-masing).
5). Kek ini juga boleh dikukus.  Sejukkan dahulu sebelum dihias.