Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Isnin, 20 Mei 2013

KEK LAPIS RAINBOW SARAWAK


 Inilah rupa Kek Lapis Rainbow Sarawak...

Yang ni rupa kek bila dah dipotong...

Bahan A:
500gm Butter
200gm Gula
1tsp Esen Vanila

Bahan B:
10biji Telur
1tsb Ovelatte

Bahan C:
1/2tin Susu Pekat
100gm Kaya
100gm Horlick
1/2 pack (500gm) Santan Serbuk
25gm Tepung Susu
25gm Tepung Ice Cream
350gm Tepung Hong Kong

Pewarna Ungu & Paste Blueberry
Pewarna Merah & Paste Strawberry
Pewarna Kuning & Paste Manggo
Pewarna Hijau & Paste Pandan

Cara2:
1.  Pukul bahan A sehingga gebu dan pikat.
2.  Sambil memukul, masukkan Bahan B, kuning telur sebiji demi sebiji hingga kembang.
3.  Masukkan butter lembut yang sudah dipukul kembang bersama susu ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4.  Kemudian, masukkan Bahan C yang telah dicampur dan diayak.  Seterusnya campurkan semua bahan.
5.  Adunan kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu kuning, merah, hijau dan ungu.
6.  Masukkan adunan tadi ke dalam loyang 8" x 8" yang telah disapu dengan marjerin dan dibakar selapis demi selapis kedalam ketuhar dengan kepanasan 200'C.
7.  Tuang 4 sudu besar dan ratakan atas loyang dan bakar selama 5 minit.  Ulang sekali lagi sama bahagian dan bakar seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan