Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Sabtu, 20 April 2013

DURIAN CREPE YANG HOT.....!!!



Bahan2:
50gm Tepung Gandum
50gm Tepung Ubi
25gm Tepung kastard
25gm Tepung Jagung
4sdb Gula Castor
2biji Telur
80ml Susu Sejat
160ml Air
2sdb Minyak Jagung
1sdt Esen Vanila
Sedikit Pewarna Kuning Telur
Isi Durian
Fresh Cream

Cara2:
1). Satukan kesemua bahan kecuali isi durian dan fresh cream. Kacau sebati dan tapis.
2). Panaskan kuali Non-Stick dan tuang 2 senduk rata adunan tadi. Buat macam lempeng ye...  Buat hingga habis.
3). Apabila masak, angkat dan sejukkan.  Paip kan fresh cream di atasnya. Kemudian letakkan isi durian dan paip kan sedikit lagi fresh cream di atasnya. Lipat lempeng tadi.......siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan