Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Ahad, 21 April 2013

JALAN-JALAN PORD DICKSON

Sempena Cuti Perayaan Tahun Baru Cina yang lalu saya sekeluarga telah mengambil keputusan untuk pergi Makan Angin di Negeri Sembilan Darul Khusus......Nak tau dimna?  Mestilah Port Dickson.....  Jom kita lihat aktiviti keluarga saya disana......

 
Bertolak seawal jam 10.00 pagi dan berhenti seketika di R&R Air Keroh Melaka untuk makan tengahari dan merehatkan diri....Lebih kurang jam 2.30 minit petang tibalah kami di penginapan Corus Apartment Hotel.....ta.....da........!
Kami terpaksa menunggu lebih kurang 1/2 jam untuk check in kerana hotel sedang dibersihkan.  Maklumlah cuti umum kan.....ramailah pelancong ye..... Sementara menunggu Tu inilah aktiviti kami di luar hotel........

 
Penat sudah....!                                                         Posing-posing....!
Check in .....!


Aktiviti malam.....
Dah penat bermandi manda, jom kita makan.....
 
Ikan Tengiri bakar sambal asam, kailan goreng menjadi santapan kami sekeluarga......SEDAP....! Dah kenyang, dah penat tiba masa untuk memanjakan diri diatas katil.....

Sarapan pagi yang sedap...!

Lepas sarapan pagi, Papa layan anak-anak mandi manda lagi.... Mama dok dalam bilik kemas barang-barang nak bertolak ke Negeri Melaka pula.... 

SELAMAT TINGGAL NEGERI SEMBILAN...

JUMPA DI NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.....!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan