Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Jumaat, 25 April 2014

AISKRIM


AIS KRIM ALA PADDLE POP

Bahan:
1/2 tin Susu pekat
3 cawan Susu segar
2 sdt ovellate
2 sdt esen vanila
Sedikit pewarna biru, hijau, merah & kuning

Cara:
1.  Mixer semua bahan selama 20 minit @ kembang & gebu (coz guna blender tak muat).
2.  Asingkan dalam bekas & letak pewarna.
3.  Tuang dalam bekas ais krim selapis demi selapis hingga habis.
4.  Simpan dalam peti sejuk beku.  Biarkan keras. (Saya simpan semalaman).
5.  Siap...! Selamat mencuba.



RESEPI 2

AISKRIM

Bahan:
1 biji Telur*
1 tin Susu cair*
1/4 tin Susu pekat*
1 sdt Esen vanila*
1 sdb Ovellate*

Bahan Perasa:
Coklat emulco
Strawberry emulco
Vanila

Bahan Hiasan:
Coklat rice       }
Coklat dot dot } bahan hiasan ikut kreativiti masing2 ya.

Cara:
1.  Masukkan semua bahan bertanda ( * )ke dalam mangkuk adunan.
2.  Pukul @ mixer adunan 15-20 minit @ kembang & gebu & jadi tekstur aiskrim.
3.  Asingkan ke dalam beberapa mangkuk & letak bahan perasa.
4.  Masukkan ke dalam bekas aiskrim & simpan dalam peti sejuk beku.  Biarkan keras @ simpan semalaman.
5.  Siap...! Selamat mencuba...


*** Gambar ihsan sahabat FB.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan