Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Ahad, 6 April 2014

APAM GULA HANGUS


APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan:

( loyang 11x11 inc. )
1 1/2 cwn (300g) gula pasir*
2 cwn (400g) air
1 cwn (200g) gula pasir
4 biji telur - grade A
4 cwn (400g) tepung gandum
4 sk rata bicarbonate of soda
1 tin susu cair



Cara-cara:

Goreng gula pasir* hingga hangus dan tuangkan air dan masak hingga mendidih dan gula larut dan sejukkan.
Tepung dan b. soda di ayak.
Telur dan gula di kisar dlm blender hingga gula hancur dan tuangkan kedlm sebuah mangkuk.
Masukkan campuran tepung dan susu cair kedlm adunan telur dan gaul hingga rata.
Tuang pula gula hangus dan gaul lagi hingga sebati. Tapis adunan utk mendapat adunan yg halus.
Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digris dan dipanaskan dlm kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 45 min.Pastikan penutup kukusan dibalut dgn kain supaya air wap tidak masuk ke dlm kuih.
Biarkan apam sejuk di dlm loyang. Potong apam dan sajikan dgn kelapa parut putih yg dikukus bersama sedikit garam.
Jika menginginkan kuih apam yg tebal, gunakan loyang 10x10 inc. tapi masa kukusannya hendaklah ditambah sedikit.
Apam_karamel Menggunakan acuan kecil....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan