Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Jumaat, 4 April 2014

KEK KEJU BELANG



KEK KEJU BELANG

Bahan-bahannya:
500gm krim keju - biarkan lembut
1/3 cawan gula castor
2/3 cawan susu cair
5 biji kuning telur
1 cawan tepung gandum        }
2 sdb tepung kastard              } diayak.
1 sdt serbuk penaik                }
5 biji putih telur
1/4 sdt garam
1/3 cawan gula castor
2 sdb serbuk koko

Cara-cara:
1.  Alas dasar & lenser tin 20sm.  Jerang air di dalam pengukus.
2.  Putar krim keju hingga halus.  Masukkan 1/3 gula & putar hingga gebu.
3.  Masukkan susu & kuning telur.  Kacau rata.
4.  Ayak kan tepung gandum, tepung kastard & serbuk penaik.  Pukul lagi hingga sebati.
5.  Dalam mangkuk lain, putar putih telur & garam hingga separuh kental.
6.  Masukkan gula & putar hingga kental (meringue).
7.  Kaup balik kan dalam adunan krim keju.
8.  Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diletakkan serbuk koko.
9.  Sudu kan berselang seli di dalam tin.
10.  Tutup bahagian atas tin dengan aluminium foil.  Kukus selama 45 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA....!