Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Jumaat, 28 Mac 2014

RESEPI MEE REBUS TULANG SPECIAL




RESEPI MEE REBUS TULANG SPECIAL (utk 2 bungkus mee)

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
6 ketul tulang
1 mangkuk daging - dipotong nipis
(tulang & daging direbus terlebih dahulu sampai daging empuk (air rebusan jangan dibuang, air rebusan akan dijadikan kuah)

4 biji ubi keledek - dipotong2 sebesar 2inci
(ubi direbus hingga ubi lembut, air ubi jangan dibuang, tunggu hingga sejuk dan ubi tadi diblender bersama air rebusan ubi tersebut)

1 paket fish ball - dibelah 2
1 mangkuk isi udang - diblender
3 biji bawang besar - diblender
5 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
garam & gula
minyak untuk menumis

CARA MEMASAK KUAH
tumis bawang yang telah diblender sehingga naik bau... kemudian masukkan cili blender, sos cili dan sos tiram, tumis lagi hingga garing. kemudian masukkan udang yang telah diblender dan tumis sebentar dan bolehlah masukkan fish call, kuib ayam, garam dam gula dan gaul sebentar dan barulah masukkan tulang, daging beserta air rebusan tadi dan juga masukkan ubi yang telah diblender dan masakkan kuah sehingga betul betul mendidih dan sedia untuk dihidangkan

BAHAN-BAHAN LAIN & HIASAN
mee kuning - 2 bungkus
2 biji taufu - digoreng & dipotong kecil2
tauge - dicelur
sawi - dicelur
4 biji telur ayam - direbus & dibelah 4
daun sup & bawang - dihiris nipis2
cili merah - dihiris nipis
bawang goreng

-->SELAMAT MENCUBA<--



Tiada ulasan:

Catat Ulasan