Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Jumaat, 28 Mac 2014

SERI KAYA




SERI KAYA

Bahan-Bahan

1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)

1 cawan santan (2)

2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)


Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)


Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.
Kalau tidak biarkan warna asli saja.
Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya. 
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* bila dah cuba...agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...


SELAMAT MENCUBA!!!


JEM KACANG MERAH




JEM KACANG MERAH

Bahan :
Kacang Merah - di rebus hingga empuk
1 cwn gula @ gula merah
2 helai daun pandan
1/2 cwn santan pekat ( kotak ) - nak bagi rasa lemak

Caranya :
Rebus kacang  bersama daun pandan sehingga empuk....
Apabila dh empuk masukkan gula dan santan....
Bila dh pekat..matikan api...tunggu sejuk...
Kemudian lenyek2kan smpai hancur ( klu  nk senang blander aje ) - Siap!!

JEMPUT JEMPUT NASI





JEMPUT JEMPUT NASI

BAHAN BAHANNYA
300 g udang dibuang kulit & dibersihkan
100 g ikan bilis dikopek dan dibersihkan
1 tongkol jagung dihiris2kan kesemua isinya
Beberapa tangkai daun bawang dan daun sup dihiris halus2
1 biji cili merah dihiris halus2
1 labu bawang besar dihiris halus2
1 cawan tepung gandum
2 cawan nasi putih
2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
Nasi putih dimasukkan ke dalam blender dan campurkan 2 cawan air, blend sehingga betul2 lumat
Masukkan udang dan ikan bilis dan blend lagi sehingga sebati
Keluarkan kesemuanya dan masukkan ke dalam bekas
Masukkan tepung gandum, hirisan jagung, daun bawang & sup, cili merah, bawang besar & garam secukupnya dan gaulkan bersama2 bahan nasi yang diblend tadi
Sesuaikan kepekatan adunan, jika agak kental, boleh tambah sedikit air
Setelah digaul sehingga rata boleh la dijemput2 dengan hujung jari ke dalam minyak panas yang mencukupi
Gorengkan ia sehingga berwarna kuning keemasan dan sedikit garing.
Angkat, toskan minyaknya dan sedia untuk dihidangkan.


Isnin, 16 September 2013

IKAN SIAKAP 3 RASA


Bahan:
Ikan siakap ( diperap dengan kunyit & garam)
2 sdb cili giling Adabi
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 inci halia (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 biji jagung muda (dihiris)
Sedikit jus lemon
Sedikit sos cili (Life)
Sedikit sos ikan kukus (Mahkota)
Sedikit sos Hoisin (Life)
1 sdb gula
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Sedikit Rencah Maggi cukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang & daun sup - hiasan
Minyak untu menggoreng & menumis.

Cara:
1.  Goreng ikan hingga garing.
2.  Tumis bawang putih & halia hingga naik bau, masukkan cili giling biar seketika.
3.  Masukkan gula, kacau seketika hingga bertukar warna. Tambah sedikit air.
4.  Masukkan jagung muda, sos cili, sos ikan kukus & sos Hoisin. Kacau sebati.
5.  Masukkan jus lemon, hirisan bawang besar & air secukupnya.
6.  Tambahkan garam & Maggi cukup rasa.
7.  Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.  Siap...
8.  Curah ke atas ikan siakap yang telah digoreng & hias dengan daun bawang & daun sup.  Sedia dihidangkan.


KEK SARANG SEMUT @ KEK SARANG LEBAH


Bahan A (gula hangus):
2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
3 sdb mentega

Cara:
1.  Cairkan gula hingga keperangan ( warna madu) jangan sampai hitam nanti pahit.
2.  Setelah gula cair, masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati. Tekstur gula akan sedikit bergumpal.
3.  Biar sampai gula cair. Masukkan mentega. Gaul rata & tutup api. Sejukkan.

Bahan B:
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 tin susu pekat manis
1sdt esen vanila
2 sdt soda Bikarbonate (diayak)
1 sdt Baking Powder (diayak)

Cara:
1.  Pukul telur hingga kembang.
2.  Masukkan susu pekat manis & kacau lagi.
3.  Masukkan esen vanila & kacau lagi.
4.  Masukkan bahan yang telah diayak & kacau sebati.
5.  Akhir sekali masukkan gula hangus & kacau sebati.
6.  Lenser loyang, alas dengan Baking paper & lenser sekali lagi.
7.  Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam suhu 160'C menggunakan api bawah. 5 minit terakhir, bakar menggunakan api atas & bawah.
8. Cucuk dengan lidi di tengah kek bagi mengetahui kek telah masak. Jika lidi bersih bermakna kek telah masak. Siap....

IKAN CENCARU MASAK ASAM BERSAMA CENDAWAN


Bahan A:

Ikan Cencaru
Sedikit Kunyit Serbuk
Sedikit Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:
5 biji Bawang Putih*
5 biji Bawang Merah*
1 biji Bawang Besar (dihiris)
1/2 inci Halia*
1 btg Serai (1/2 di blender & 1/2 diketuk*
2 bijiLada Hijau*
5-8 biji Cili Padi ( tambah jika suka pedas)*
Cendawan
Sedikit Sos Cili (Life)
Sedikit Sos Hoisin (Life)
Sedikit Sos Ikan Kukus (Mahkota)
Sedikit perahan Jus Lemon
Sedikit Garam
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Sedikit Tepung Jagung
Air secukupnya
Daun Bawang & Daun Sup

Cara:
1.  Perap ikan bersama garam & kunyit kemudian goreng tenggelam.
2.  Campurkan kesemua bahan bertanda * dan tumbuk@blender (kering) hingga halus.
3.  Panaskan sedikit minyak & tumis bahan yang telah di blender tadi hingga sedikit garing.
4.  Masukkan air biar mendidih. Tambahkan bahan sos & jus lemon.
5.  Masukkan cendawan, garam, Maggi Cukup Rasa, Hirisan Bawang Besar, & sedikit hirisan daun bawang & daun sup. boleh tambah hirisan cili padi jika suka.
6.  Setelah cukup rasa, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
7.  Apabila sudah masak, curahkan ke atas ikan goreng tadi & hiaskan.  Siap....

Ahad, 2 Jun 2013

BLUEBERRY CHEESE TART.......lagi


Inilah kali lah....
Puas mencuba berkali-kali.... Macam mana nak buat corak Tu.....
Akhirnya jadi juga.......


Gembira tahap gaun sebab dapat buat corak macam tu...
Blueberry Cheese Tart ni saya jual dengan corak 1 titik di tengah seperti yang saya pose gambar yang lalu.  Ini kali dah pandai buat corak bunga macam ni, saya akan buat corak macam ni lah ye....

Bagi yang berminat dengan Cheese Tart, ada 3 jenis yer...
Blueberry, Strawberry & Chocolate 
Harga: RM30.00 untuk 50 biji.

Boleh hubungi saya terus ke galian HP: 012-7471637 atau Email: sambaltumis72@yahoo.com.my
Boleh juga pm saya di FB: Ella Fifi