Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Sabtu, 2 November 2019

PROMOSI NOVEMBER 2019



Nak bagi tau kat semua bulan November ni ada shaklee promosi. Diantara promosi yang berlangsung adalah ESP.  So peminat-peminat tegar ESP ni bolehlah cepat-cepat grap promosi ni jimat banyak tau. Rugi x grap awal-awal. 


OSTERMETRIX 

untuk peminat-peminat Ostermetrix pun ada promosi juga. Siapa yang memerlukan Ostermetrix ni.. 

Sape yang selalu migrain,  menyusukan anak, hamil, rajin sakit gigi, sakit sendi & tulang, patah tulang, kurang kalsium magnesium tu bolehlah ambil Ostermetrix ni. 

Yang rajin sembelit, buasir, lepas bersalin tu pun bagus utk sembuhkan luka.

So,  siapa yang nak order produk2 shaklee bolehlah call or wasap kak ella ya
Call/whatsapp 0127471637

Innsyaallah kak ella beri perkhidmatan yang terbaik. 

Selasa, 9 Mei 2017

GLA COMPLEX SHAKLEE

Cara Makan Gla Complex yang Betul dan Tepat untuk Masalah Sengugut/Period tak Stabil

Masalah perempuan setiap bulan bila kedatangan haid..sengugut..pengalaman saya sengugut dulu, masa ni belum ketemu lagi GLA COMPLEX Shaklee...=.=.rugi nya....alahai..siap kena MC bagai, kekadang tu ponteng kuliah..saya rasa, saya bukan dalam kategori yang agak parah sehingga nak pitam ke ape..tapi seriously ia menganggu aktiviti harian saya..

semalam ada seorang customer yang ada masalah sengugut..risau nya dia sebab 3 bulan lagi nak naik pelamin..risau nya seorang perempuan bila ada masalah sengugut..sengugut petanda tahap kesuburan..macam saya dulu2 fikir..SUKAR HAMIL adalah petanda awal dengan sengugut..hati2 ye kawan2..dan dia terus order GLA COMPLEX..=))

nah..#Testimoni yang berjaya atasi sengugut dengan GLA COMPLEX 

testimoni sengugut hilang dengan gla complex shaklee



Dalam entry ni, saya nak kongsikan cara makan yang betul GLA COMPLEX SHAKLEE bagi yang menghadapi masalah sengugut..

Cara makan GLA untuk masalah Haid tidak teratur dan Senggugut 

Untuk haid tidak teratur atau senggugut
  • Makan 1 biji selepas dinner sehingga haid teratur
    Jika tiada kesan dalam 2 minggu, ambil 2 biji sehari … 2 biji sblm tidur atau 1 biji slps lunch dan 1 biji lps dinner
  • Bila haid dah normal….ambil 1 biji sahaja setiap hari slps dinner
  • Ambil setiap hari walaupun ketika period


  

Bila dah period stabil..sengugut dah xde.senang la nak kira waktu subur untuk kehamilan  nanti..amin..

rezeki anak tu semua dari NYA, tapi kita sebagai hambaNYA kena beriktiar jugak kan..

Kebaikan untuk dikongsi bersama..

please jangan segan jangan malu..bagi peluang untuk saya bantu anda:.

hubungi saya k.. 


p/s : PROMOSI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C DAN E BULAN NI..jom order..

pm/contact : FB Rahila Hamza🌸
  
Sid : 1072687🌸

phone/sms/whatsApp:012-7471637🌸

fanpage : Pengedar Shaklee Kluang Johor🌸

Email : ellafifi335@gmail.com 🌸

Sabtu, 5 November 2016

Assalamualaikum...
Lama tak update blog ni.  Baru hari ini berkesempatan nak jenguk. Berangan-angan nak update tentang Produk Shaklee kali ini.  Jom tengok apa yang patut.

PROMOSI NOVEMBER 2016 - ALFALFA (RAJA SEGALA TUMBUHAN)

Gandingan mantap ALFALFA & RAKAN-RAKAN.

Set Slimming
Alfalfa + Lecithin

Milkbooster / Energybooster
Alfalfa + ESP

Set Keintiman Suami Isteri
Alfalfa + Vitamin E

Elergy / Eczema
Alfalfa + Vitamin C

Astma /Kurangkan Kolesterol / Gout / Slimming
Alfalfa + Omega Guard

Mengubati Period Pain / Diabetis
Alfalfa + GLA Complex

Super Detox
Alfalfa + Herblax

Nak upload gambar tak tau camane plak...
Next update baru letak gambar lah ya..

Yang nak bertanya, yang suka dengan produk SHAKLEE ni, boleh wasap 0127471637.



Jumaat, 25 April 2014

AISKRIM


AIS KRIM ALA PADDLE POP

Bahan:
1/2 tin Susu pekat
3 cawan Susu segar
2 sdt ovellate
2 sdt esen vanila
Sedikit pewarna biru, hijau, merah & kuning

Cara:
1.  Mixer semua bahan selama 20 minit @ kembang & gebu (coz guna blender tak muat).
2.  Asingkan dalam bekas & letak pewarna.
3.  Tuang dalam bekas ais krim selapis demi selapis hingga habis.
4.  Simpan dalam peti sejuk beku.  Biarkan keras. (Saya simpan semalaman).
5.  Siap...! Selamat mencuba.



RESEPI 2

AISKRIM

Bahan:
1 biji Telur*
1 tin Susu cair*
1/4 tin Susu pekat*
1 sdt Esen vanila*
1 sdb Ovellate*

Bahan Perasa:
Coklat emulco
Strawberry emulco
Vanila

Bahan Hiasan:
Coklat rice       }
Coklat dot dot } bahan hiasan ikut kreativiti masing2 ya.

Cara:
1.  Masukkan semua bahan bertanda ( * )ke dalam mangkuk adunan.
2.  Pukul @ mixer adunan 15-20 minit @ kembang & gebu & jadi tekstur aiskrim.
3.  Asingkan ke dalam beberapa mangkuk & letak bahan perasa.
4.  Masukkan ke dalam bekas aiskrim & simpan dalam peti sejuk beku.  Biarkan keras @ simpan semalaman.
5.  Siap...! Selamat mencuba...


*** Gambar ihsan sahabat FB.


Isnin, 7 April 2014

AYAM PANGGANG KENNY ROGER'S



AYAM PANGGANG KENNY ROGER'S

Bahan Utama:

* 1 ekor ayam 


Bahan-bahan untuk perap ayam : 

* 3 biji bawang besar 
* 4 biji bawang putih 
* 1 inci halia 
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
* 2 sudu besar madu 
* 1 ketul kiub ayam 
* 2 sudu besar gula pasir 
* 2 sudu besar herba campuran 
* 1 1/2 sudu teh garam halus 
* Sedikit air 
* Sedikit mentega 



Cara-cara:

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. 
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 
3. Perap selama 2 jam, semalaman pun boleh. 
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 

SELAMAT MENCUBA....!


Ahad, 6 April 2014

APAM GULA HANGUS


APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan:

( loyang 11x11 inc. )
1 1/2 cwn (300g) gula pasir*
2 cwn (400g) air
1 cwn (200g) gula pasir
4 biji telur - grade A
4 cwn (400g) tepung gandum
4 sk rata bicarbonate of soda
1 tin susu cair



Cara-cara:

Goreng gula pasir* hingga hangus dan tuangkan air dan masak hingga mendidih dan gula larut dan sejukkan.
Tepung dan b. soda di ayak.
Telur dan gula di kisar dlm blender hingga gula hancur dan tuangkan kedlm sebuah mangkuk.
Masukkan campuran tepung dan susu cair kedlm adunan telur dan gaul hingga rata.
Tuang pula gula hangus dan gaul lagi hingga sebati. Tapis adunan utk mendapat adunan yg halus.
Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digris dan dipanaskan dlm kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 45 min.Pastikan penutup kukusan dibalut dgn kain supaya air wap tidak masuk ke dlm kuih.
Biarkan apam sejuk di dlm loyang. Potong apam dan sajikan dgn kelapa parut putih yg dikukus bersama sedikit garam.
Jika menginginkan kuih apam yg tebal, gunakan loyang 10x10 inc. tapi masa kukusannya hendaklah ditambah sedikit.
Apam_karamel Menggunakan acuan kecil....

SuperRich Puteri Vanilla (Formerly known as... SuperRich Perfect Lady) (Red Hot! Item)

SuperRich Puteri Vanilla (Formerly known as... SuperRich Perfect Lady) (Red Hot! Item)


INGIN KELIHATAN 'GORGEOUS, AWESOME & PASSIONATE'?
SPV penyelesaiannya...

1- Hasil gabungan terbaik terdiri daripada ekstrak buah tomato, manggis, delima, biji anggur, biji apricot, durian belanda, pueraria yang terpilih, manjakani, madu, kurma, Oligo, habbatussauda, maquiberry, protein soya dan vitamin B17 menjadikan SuperRich Perfect Lady cukup khasiat umpama memakan gabungan 15 makanan tambahan/jamu/vitamin untuk tampil anggun, menawan dan menggiurkan.
2- Memontokkan eset utama wanita (pinggul dan payudara) . Montok secara semuajadi.

3- Menegangkan dan menganjalkan payudara yang kendur terutama sekali bagi wanita yang mempunyai payudara yang jatuh selepas melahirkan bayi dan selepas berhenti menyusukan bayi.
4- Memejalkan dan membentuk pinggul sesuai untuk wanita yang berpunggung leper/ kecil dan ingin punggung yang seksi seperti artis Hindustan. Pastinya bentuk badan anda lebih menarik dengan memiliki aset punggung idaman suami anda.

5- Menjadikan kulit anjal dan muda. Kesan bukan setakat pada payudara tetapi menyeluruh termasuk menghasilkan kulit yang halus mulus seperti muda remaja. Manfaat dua dalam satu yang anda perolehi hasil pengambilannya pastinya menguntungkan anda.
6- Dapat mengetatkan vagina bagi wanita yang menghadapi masalah vagina longgar dan keputihan. Suami pasti tersenyum gembira sampai termimpi-mimpikan anda setiap malam.
7- Mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan menyeimbangkan hormon sesuai untuk mereka yang merancang untuk mendapatkan zuria 
8- Meransang bahagian dalam miss v untuk menghasilakn cecair semulajadi/pelincir.
9- Menguatkan otot pelvis selepas melahirkan bayi dan menguatkan bahagian dalaman yang memainkan peranan 'grip'. Semestinya menjadi idaman setiap pasangan. Mengembalikan keperawanan seperti malam pertama. Dara selepas melahirkan.
10- Mengekalkan awet muda walau sudah berusia. Bak kata orang pantai timur. "Awet Mudo Sokmo".


Siapakah yang memerlukan SuperRich Puteri Vanilla(SPV)?
-----------------------------------------------------------------------------------

1. WANITA YANG BELUM BERKAHWIN:

Seawal 4 hari SPV menjadikan susuk badan anda berubah. Rupa mukabumi yang mendatar menjadi beralun dan berombak. Penampakan rupa bentuk payudara yang montok dan ampuh juga bentuk punggung yang naik bulat dan pejal.

2. WANITA YANG SUDAH BERKAHWIN:

Seawal 4 hari SPV menyebabkan mata suami anda yang rabun menjadi celik bersinar disebabkan susuk tubuh anda yang berstatus Mak Dara Anak Lapan berubah menjadi Anak Dara Pujaan di malam pertama. Lurah yang hambar kembali menjadi Lurah Dalam. Lorong yang Longgar kembali menjadi Ketat dan Grip yang Super Hebat!

3. WANITA YANG SEDANG BERPANTANG / LEPAS BERSALIN / SEDANG MENYUSUKAN ANAK:

SPV juga mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengecutkan rahim, mencuci rahim (mengeluarkan semua darah kotor) serta memperbanyakkan susu badan. Ia jua menguatkan otot pelvis selepas melahirkan bayi dan menguatkan bahagian dalaman yang memainkan peranan 'grip'.

4. WANITA YANG INGINKAN ANAK / SEDANG BERUSAHA MENDAPATKAN ZURIAT:

SPV mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan menyeimbangkan hormon sesuai untuk mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat.

IN SHAA ALLAH, andai kita berusaha untuk memperbaiki kesihatan dan kecantikan luar dan dalam, pasti akan mendapat hasil yang diinginkan.

Dengan izin Allah, kami mampu menjadikan para wanita kembali GEMBIRA & TERSENYUM!!!



!!!TESTIMONI!!!






BEST...!

Jumaat, 4 April 2014

KEK KEJU BELANG



KEK KEJU BELANG

Bahan-bahannya:
500gm krim keju - biarkan lembut
1/3 cawan gula castor
2/3 cawan susu cair
5 biji kuning telur
1 cawan tepung gandum        }
2 sdb tepung kastard              } diayak.
1 sdt serbuk penaik                }
5 biji putih telur
1/4 sdt garam
1/3 cawan gula castor
2 sdb serbuk koko

Cara-cara:
1.  Alas dasar & lenser tin 20sm.  Jerang air di dalam pengukus.
2.  Putar krim keju hingga halus.  Masukkan 1/3 gula & putar hingga gebu.
3.  Masukkan susu & kuning telur.  Kacau rata.
4.  Ayak kan tepung gandum, tepung kastard & serbuk penaik.  Pukul lagi hingga sebati.
5.  Dalam mangkuk lain, putar putih telur & garam hingga separuh kental.
6.  Masukkan gula & putar hingga kental (meringue).
7.  Kaup balik kan dalam adunan krim keju.
8.  Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diletakkan serbuk koko.
9.  Sudu kan berselang seli di dalam tin.
10.  Tutup bahagian atas tin dengan aluminium foil.  Kukus selama 45 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA....!

Sabtu, 29 Mac 2014

BUBUR MUTIARA




Resepi Bubur Mutiara :

100 gram mutiara/ 1 bks mutiara cap kucing @ sagu biji
Gula pasir secukupnya ---> sila sesuaikan kemanisan anda masing2
Air 1.500 ml 
Daun Pandan
Vanilli secukupnya 

Pelengkapnya :
Santan kental --> secukupnya juga kira2 500 ml
Garam secukupnya
Daun Pandan

Cara Membuat :

1. Didihkan air kemudian masukkan mutiara dan daun pandan, rebus hingga kembang kira-kira 30 minit.
2. Kalau sudah kembang masukkan gula dan vanilla.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Pelengkap : Masak santan, garam dan daun pandan hingga mendidih, kacau supaya tidak pecah santan.
5. Hidangkan mutiara dengan santan.




BUBUR CANDIL PELANGI




Bubur Candil Pelangi

Bahan candil:
- 250 gram tepung ketan putih
- 50 gram tepung maizena
- 150 - 200 ml air
- 1/2 sendok teh garam
- 1/4 sendok teh baking soda
- beberapa tetes pewarna makananan: merah, hijau, coklat, kuning

Bahan kuah:
- 1 liter air
- 3 sendok makan tepung ketan, larutkan dengan 100 ml air
- 150 gram gula Jawa/aren
- 2 sendok makan gula pasir
- 1/2 sendok teh garam
- 1 lembar daun pandan
- 1 batang kayu manis

Pelengkap:
- 200 ml santan kental 

Cara membuat:
Siapkan mangkuk, masukkan bahan kering (tepung, garam dan baking soda), aduk rata menggunakan spatula. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil adonan diaduk, jika telah terbentuk adonan yang dapat dipulung maka hentikan menuangkan air.


Bagi adonan menjadi beberapa bagian, tergantung berapa jenis warna yang akan anda gunakan. Masukkan masing-masing bagian adonan di mangkuk terpisah, beri beberapa tetes pewarna yang berbeda di masing-masing bagian. Aduk rata. 


Siapkan panci, isi dengan air. Masukkan daun pandan dan kayu manis, rebus hingga mendidih. Kecilkan api hingga air hanya berupa letupan-letupan kecil. 


Bulatkan adonan sebesar kelereng atau sesuai selera di telapak tangan hingga menjadi bola yang smooth. Masukkan ke dalam air mendidih, lakukan hingga semua adonan habis. Ketika bola-bola ketan matang maka akan mengapung sendiri. Masukkan gula aren/jawa yang telah dirajang halus, tambahkan garam, dan gula pasir, aduk menggunakan sendok kayu/sendok sayur. 


Jika semua bola-bola ketan telah mengapung, tuangkan tepung ketan yang dilarutkan dengan air, aduk hingga kuah menjadi mengental. Jika anda merasa kuah masih kurang kental maka anda bisa menambahkan lagi larutan tepung ketan ke dalam kuah. 

Masak hingga mendidih. Angkat. 

Di panci kecil terpisah, panaskan santan hingga mendidih, aduk-aduk selama santan dimasak agar tidak pecah. Angkat.


Sajikan bubur candil di mangkuk dan siram dengan kuah santan diatasnya. Bubur siap disajikan. Selamat mencoba.





Jumaat, 28 Mac 2014

RED RUBBIES







RED RUBBIES

Bahan Utama :-)
300 g water chesnut (sengkuang cina, boleh lihat gambar disini)
1 camca teh pewarna merah*
1 camca teh pewarna hijau (saya tambah)
2 camca besar air*(*disatukan)
4 camca besar tepung ubi
2.5 liter air ais
3 liter air
beberapa ulas nangka (saya tambah)
1 biji kelapa muda diambil isinya (saya tambah)

Bahan Lain :-)
Air gula (masak 3/4 cawan gula pasir dengan 3/4 cawan air dan 2 helai daun pandan)
500 ml santan pekat/susu cair/susu segar*
1/2 camca teh garam*(*disatukan)
Air batu secukupnya

Cara membuatnya :-)

1.Kupas sengkuang cina (kalau susah nak dapat, boleh guna sengkuang biasa), cuci dan potong dadu, rendam dalam bancuhan warna merah dan biar 20 minit. Toskan dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi dalam beg plastik tadi, dan goncang hingga sengkuang tadi disaluti tepung ubi, ayak untuk membuang lebihan tepung.
2.Panaskan 3 liter air hingga mendidih, masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung ubi tadi dan biar hingga timbul. Cedok keluar biji2 delima yang timbul tadi dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar biji delima berendam dalam air ais.

3.CARA PENYEDIAAN :- Dalam mangkuk sesuai, cedok keluar isi biji delima mengikut kuantiti yang dikehendaki, tuang pati santan dan juga air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Letak air batu, isi nangka dan isi kelapa secukupnya. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba!!!


RESEPI MEE REBUS TULANG SPECIAL




RESEPI MEE REBUS TULANG SPECIAL (utk 2 bungkus mee)

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
6 ketul tulang
1 mangkuk daging - dipotong nipis
(tulang & daging direbus terlebih dahulu sampai daging empuk (air rebusan jangan dibuang, air rebusan akan dijadikan kuah)

4 biji ubi keledek - dipotong2 sebesar 2inci
(ubi direbus hingga ubi lembut, air ubi jangan dibuang, tunggu hingga sejuk dan ubi tadi diblender bersama air rebusan ubi tersebut)

1 paket fish ball - dibelah 2
1 mangkuk isi udang - diblender
3 biji bawang besar - diblender
5 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
garam & gula
minyak untuk menumis

CARA MEMASAK KUAH
tumis bawang yang telah diblender sehingga naik bau... kemudian masukkan cili blender, sos cili dan sos tiram, tumis lagi hingga garing. kemudian masukkan udang yang telah diblender dan tumis sebentar dan bolehlah masukkan fish call, kuib ayam, garam dam gula dan gaul sebentar dan barulah masukkan tulang, daging beserta air rebusan tadi dan juga masukkan ubi yang telah diblender dan masakkan kuah sehingga betul betul mendidih dan sedia untuk dihidangkan

BAHAN-BAHAN LAIN & HIASAN
mee kuning - 2 bungkus
2 biji taufu - digoreng & dipotong kecil2
tauge - dicelur
sawi - dicelur
4 biji telur ayam - direbus & dibelah 4
daun sup & bawang - dihiris nipis2
cili merah - dihiris nipis
bawang goreng

-->SELAMAT MENCUBA<--



SERI KAYA




SERI KAYA

Bahan-Bahan

1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)

1 cawan santan (2)

2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)


Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)


Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.
Kalau tidak biarkan warna asli saja.
Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya. 
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* bila dah cuba...agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...


SELAMAT MENCUBA!!!


JEM KACANG MERAH




JEM KACANG MERAH

Bahan :
Kacang Merah - di rebus hingga empuk
1 cwn gula @ gula merah
2 helai daun pandan
1/2 cwn santan pekat ( kotak ) - nak bagi rasa lemak

Caranya :
Rebus kacang  bersama daun pandan sehingga empuk....
Apabila dh empuk masukkan gula dan santan....
Bila dh pekat..matikan api...tunggu sejuk...
Kemudian lenyek2kan smpai hancur ( klu  nk senang blander aje ) - Siap!!

JEMPUT JEMPUT NASI





JEMPUT JEMPUT NASI

BAHAN BAHANNYA
300 g udang dibuang kulit & dibersihkan
100 g ikan bilis dikopek dan dibersihkan
1 tongkol jagung dihiris2kan kesemua isinya
Beberapa tangkai daun bawang dan daun sup dihiris halus2
1 biji cili merah dihiris halus2
1 labu bawang besar dihiris halus2
1 cawan tepung gandum
2 cawan nasi putih
2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
Nasi putih dimasukkan ke dalam blender dan campurkan 2 cawan air, blend sehingga betul2 lumat
Masukkan udang dan ikan bilis dan blend lagi sehingga sebati
Keluarkan kesemuanya dan masukkan ke dalam bekas
Masukkan tepung gandum, hirisan jagung, daun bawang & sup, cili merah, bawang besar & garam secukupnya dan gaulkan bersama2 bahan nasi yang diblend tadi
Sesuaikan kepekatan adunan, jika agak kental, boleh tambah sedikit air
Setelah digaul sehingga rata boleh la dijemput2 dengan hujung jari ke dalam minyak panas yang mencukupi
Gorengkan ia sehingga berwarna kuning keemasan dan sedikit garing.
Angkat, toskan minyaknya dan sedia untuk dihidangkan.


Isnin, 16 September 2013

IKAN SIAKAP 3 RASA


Bahan:
Ikan siakap ( diperap dengan kunyit & garam)
2 sdb cili giling Adabi
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 inci halia (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 biji jagung muda (dihiris)
Sedikit jus lemon
Sedikit sos cili (Life)
Sedikit sos ikan kukus (Mahkota)
Sedikit sos Hoisin (Life)
1 sdb gula
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Sedikit Rencah Maggi cukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang & daun sup - hiasan
Minyak untu menggoreng & menumis.

Cara:
1.  Goreng ikan hingga garing.
2.  Tumis bawang putih & halia hingga naik bau, masukkan cili giling biar seketika.
3.  Masukkan gula, kacau seketika hingga bertukar warna. Tambah sedikit air.
4.  Masukkan jagung muda, sos cili, sos ikan kukus & sos Hoisin. Kacau sebati.
5.  Masukkan jus lemon, hirisan bawang besar & air secukupnya.
6.  Tambahkan garam & Maggi cukup rasa.
7.  Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.  Siap...
8.  Curah ke atas ikan siakap yang telah digoreng & hias dengan daun bawang & daun sup.  Sedia dihidangkan.


KEK SARANG SEMUT @ KEK SARANG LEBAH


Bahan A (gula hangus):
2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
3 sdb mentega

Cara:
1.  Cairkan gula hingga keperangan ( warna madu) jangan sampai hitam nanti pahit.
2.  Setelah gula cair, masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati. Tekstur gula akan sedikit bergumpal.
3.  Biar sampai gula cair. Masukkan mentega. Gaul rata & tutup api. Sejukkan.

Bahan B:
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 tin susu pekat manis
1sdt esen vanila
2 sdt soda Bikarbonate (diayak)
1 sdt Baking Powder (diayak)

Cara:
1.  Pukul telur hingga kembang.
2.  Masukkan susu pekat manis & kacau lagi.
3.  Masukkan esen vanila & kacau lagi.
4.  Masukkan bahan yang telah diayak & kacau sebati.
5.  Akhir sekali masukkan gula hangus & kacau sebati.
6.  Lenser loyang, alas dengan Baking paper & lenser sekali lagi.
7.  Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam suhu 160'C menggunakan api bawah. 5 minit terakhir, bakar menggunakan api atas & bawah.
8. Cucuk dengan lidi di tengah kek bagi mengetahui kek telah masak. Jika lidi bersih bermakna kek telah masak. Siap....

IKAN CENCARU MASAK ASAM BERSAMA CENDAWAN


Bahan A:

Ikan Cencaru
Sedikit Kunyit Serbuk
Sedikit Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:
5 biji Bawang Putih*
5 biji Bawang Merah*
1 biji Bawang Besar (dihiris)
1/2 inci Halia*
1 btg Serai (1/2 di blender & 1/2 diketuk*
2 bijiLada Hijau*
5-8 biji Cili Padi ( tambah jika suka pedas)*
Cendawan
Sedikit Sos Cili (Life)
Sedikit Sos Hoisin (Life)
Sedikit Sos Ikan Kukus (Mahkota)
Sedikit perahan Jus Lemon
Sedikit Garam
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Sedikit Tepung Jagung
Air secukupnya
Daun Bawang & Daun Sup

Cara:
1.  Perap ikan bersama garam & kunyit kemudian goreng tenggelam.
2.  Campurkan kesemua bahan bertanda * dan tumbuk@blender (kering) hingga halus.
3.  Panaskan sedikit minyak & tumis bahan yang telah di blender tadi hingga sedikit garing.
4.  Masukkan air biar mendidih. Tambahkan bahan sos & jus lemon.
5.  Masukkan cendawan, garam, Maggi Cukup Rasa, Hirisan Bawang Besar, & sedikit hirisan daun bawang & daun sup. boleh tambah hirisan cili padi jika suka.
6.  Setelah cukup rasa, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
7.  Apabila sudah masak, curahkan ke atas ikan goreng tadi & hiaskan.  Siap....

Ahad, 2 Jun 2013

BLUEBERRY CHEESE TART.......lagi


Inilah kali lah....
Puas mencuba berkali-kali.... Macam mana nak buat corak Tu.....
Akhirnya jadi juga.......


Gembira tahap gaun sebab dapat buat corak macam tu...
Blueberry Cheese Tart ni saya jual dengan corak 1 titik di tengah seperti yang saya pose gambar yang lalu.  Ini kali dah pandai buat corak bunga macam ni, saya akan buat corak macam ni lah ye....

Bagi yang berminat dengan Cheese Tart, ada 3 jenis yer...
Blueberry, Strawberry & Chocolate 
Harga: RM30.00 untuk 50 biji.

Boleh hubungi saya terus ke galian HP: 012-7471637 atau Email: sambaltumis72@yahoo.com.my
Boleh juga pm saya di FB: Ella Fifi

Jumaat, 31 Mei 2013

CHOCOLATE INDULGENT CAKE

Minggu ni buat lagi kek ni. Tempahan dari seorang sahabat. Alhamdulillah telah selamat sampai ke tangan sahabat saya.  Kek ini katanya untuk anak beliau yang menyambut hari lahir ke 12 tahun dan semoga lulus dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang....



Macam nilah rupa Chocolate Indulgent Cake yang telah di topping & di deco...